اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke MoazmarFM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
..بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ - وَالْعَصْرِ - إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ - إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Tuesday, August 27, 2013

Erti Kemerdekaan



Kenapa kempen pengibaran Jalur Gemilang sejak beberapa tahun dahulu sudah pudar kemeriahannya? Segala-gala yang berlaku itu tentu ada sebabnya. Kerajaan, khususnya Menteri yang bertanggungjawab itu semestinya memahami apakah elemen-elemen yang membuatkan sambutan kempen itu mandapat sambutan atau sebaliknya.

Dalam sesuatu masalah perkara yang paling penting kita mesti selami ialah memahami masalah ‘up to specific'. Apabila masalah itu dikenal pasti secara ‘detailed' barulah boleh mencari jalan untuk mencari penyelesaiannya dan menjayakan kempen itu. Apabila disebut tentang pengibaran Jalur Gemilang ini ia tidak boleh lari dari keriangan kita semua untuk menzahirkan rasa cintakan negara. Ia akan hanya boleh berlaku jika dengan sejujur-jujurnya rakyat merasakan cintakan negara itu.
Jika rakyat ramai benar-benar berpuas hati dan rasa cintakan negara itu benar-benar wujud, tidak perlu diadakan kempen besar-besaran. Rakyat akan dengan sendirinya mengambil kesempatan menyambut hari kemerdekaan negara itu sebagai peluang untuk menunjukkan semangat sayangkan negara itu. Kempen itu akan dengan mudah mendapat sambutan tanpa perlu tekanan dan desakan untuk mengibarkan bendera negara itu.
Rakyat tidak mahu melakukan perkara yang mereka tidak begitu ghairah untuk melakukannya. Rakyat tidak berpuas hati kerana rasa tidak menentu politik negara. Rakyat begitu keliru untuk mendapatkan yang mana satu yang betul dan benar. Semuanya mempunyai persoalan sendiri samada mereka yang sedang berkuasa dan mereka yang membangkangnya.

Sunday, July 14, 2013

Syukur pada apa yang ada


Jangan Terhina dengan Kemiskinan Kita



Benar  jika kita pikir-pikir sesungguhnya  jadi orang miskin lebih baik ,daripada jadi orang kaya raya akan harta. Harta itu adalah amanah dan anugerah  Allah SWT yang harus kita uruskan dan kendalikan sebaiknya kita  akan pertanggungjawabkan setiap nilainya nanti di akhirat.
Kalau orang kaya setiap kesenangan/kenikmatan hidup harus kita pertanggungjawabkan, setiap nilai  yang didapat dari hasil kerja kita akan  dipertanggungjawabkan, urusan zakat harus kita pertanggungjawabkan, dan lain sebagainya yang cukup membingunkan  kita saat sidang akherat nanti.
Sedangkan orang miskin karena tidak banyak harta yang di dapati maka urusan hisab akan lebih mudah. Karena hidupnya penuh dengan ujian / kesulitan maka dia akan mendapat pahala. Karena hartanya tidak cukup nisab maka ia tak perlu berurusan membayar zakat.
Dengan demikian sebagai orang islam yang baik, sebaiknya hiduplah sederhana, selalu bersyukur atas apa yang telah didapat, selalu merasa cukup atas apa yang dimiliki, tidak mengejar harta semata, rajin membayar zakat sesuai perhitungan, gemar infaq, sedekah dan wakaf jika mampu, rajin beribadah kepada Allah SWT, dan berbagai amalan lain yang dapat mensucikan harta yang telah kita dapat.

Hanya Allah


Hidup Biar Berprinsip

Alhamdulillah hari ini hari ke 6 kaki melangkah masuk ke bulan tarbiah ramadhan .....syukur padamu yaAllah masih memberi kesemoatan ruang untuk aku terus menyedut udara  di Barakah Ramadhan ini ....semoga apa yan aku lewati musafir ini dalam rahmat Allah ..keberadaaan aku di ramadhan ini mengajar aku erti sebuah kesyukuran dan melalui isi budi ramadhan denga penuh  pengahaytan bukan melaluinya dengan laluan kefarduan sahaja ....Allahuakbar ...

Sunday, June 16, 2013

tulisan kita

menulislah sesutu yang memberi manfaat

Kuatkan Iman

★ BESI itu kuat, tapi API mampu meleburkannya ☆ API itu kuat, tapi AIR mampu memadamkannya ★ AIR itu kuat, tapi AWAN mampu menyerapnya ☆ AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya ★ ANGIN itu kuat, tapi BUKIT mampu menghalanginya ☆ BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya ★ MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukannya ☆ NAFSU itu kuat, tapi IMAN mampu mengalahkannya 〃Tapi bila IMAN KUAT tiada apa yang mampu mengalahkannya Ya ALLAH.. Kuatkan IMAN kami di mana saja kami berada.. Aamiin

Moazmar FM

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran